Sunday, December 6, 2009

Menang RM 1,000 dari Kolej KDU

Salam untk pembaca semua.

Untuk pengetahuan, Kolej KDU akan mengadakan hari terbuka selama dua hari, 12 & 13 Disember 2009, Sabtu dan Ahad, seawal dari jam 9.00pagi hingga ke 5.00 petang, bertemakan ''Segalanya Bermula di Sini''.






Apa yang menarik??

1) Anda boleh bertentang mata dengan Kenny Sia, blogger terkenal melalui laman blognya, Kennysia.com. Oh, Kenny akan berada di Kolej KDU pada waktu pagi Sabtu, jadi jangan lupa, ya!

2) Anda juga akan dibawa berjala-jalan mencuci mata di sekitar kolej tersebut. Ini satu peluang untuk mengenali Kolej KDU secara lebih dekat lagi.

3) Ada bengkel yang menarik; bukan bengkel kereta ya, untuk anda sertai dan meriahkan bersama-sama.



Oh, bagaimana pula untuk memenangi wang tunai sebanyak RM 1,000 itu dari Kolej KDU??
Senang sahaja!!

Apa yang anda perlu lakukan:

1) Sertai hari terbuka Kolej KDU ini pada Sabtu, 12 Disember 2009, jam 9.30 pagi.

2) Bertempat di Kolej KDU, Damansara Jaya [sila jangan segan tanya pak cik Google, di manakah letaknya kolej ini jika anda tidak biasa dengan tempat itu].

3) Nikmati setiap saat dan ketika bersama Kenny Sia, bercerita tentang pengalamannya sewaktu belajar dulu.

4) Pulang ke rumah / asrama / rumah sewa / bilik / hotel atau lebih senang, ke tempat anda menginap.

5) Ceritakan segala-galanya tentang pengalaman anda semasa menyertai Hari Terbuka di Kolej KDU. Pada masa inilah, anda boleh berlagak seperti seorang wartawan berita yang ingin membuat liputan tentang acara tersebut. Tulis seberapa banyak anda mahu, dari A ke Z, 0 ke 10.

6) Jangan lupa, hantar penyertaan melalui blog anda ke:



7) Tunggu sehingga nama anda diumumkan sebagai pemenang. Hanya 3 blog sahaja yang akan terpilih untuk memenangi wang RM 1,000 tersebut.



Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang Hari Terbuka Kolej KDU ini, sila layari HARI TERBUKA KOLEJ KDU.





FImin berkata:
Saja-saja prosmosikan acara ini sebab tengok komen=0 di Nuffnang. Apakah anda tidak ingin menang RM 1,000 itu?? Oh, F?? F tak dapat pergi sebab sudah pun menempah tiket penerbangan pulang ke Kelantan tercinta pada petang Jumaat, 11 Disember 2009. Cuti pertengahan semester tahu?? Jadi, kiranya, dah berkuranglah pesaing anda. Eeeww. Pesaing la konon.

2 comments:

nurain said...

hehe..bagus2..tolong jadi pengiklan~

afiqah said...

nurain:

ye yien..
lau bkn aq sape lg kan??
hehe..
xdelah..
cm plik je ble xde org komen sal kdu nih..
cian aq tengok..huhu