Saturday, December 5, 2009

Krisis Air Disember 2009

Awal minggu ni, mahallah [aka hostel] kami, ade masalah air. Bangun je pagi2, dengan muka mamainya, tengok2, air takde. Tapi, tak kena pada F la. Sebab awal2 lagi, rumet dah warning. Kirenye, F tak sempat jadi mangsa. Haha.

Alhamdulillah, air tuh sampai kat blok A dulu. Kami dok kat blok B, jadi lambat sampai sket air. Dan tanpa segan silu, ramaila warga blok B dan C gi menumpang guna bilik2 air kat blok A.

Nak dijadikan cerita, lepas habis kelas, F gi la tumpang baca paper kat depan kiosk [padahal dah ade warning : NO FREE READING!!]. Terjumpela satu berita bahawa KL sekarang ni ade krisis air. Dalam ati, ''Oh, patutla tibe2 air takdak,''.

Tiba je waktu malam, dengar kecoh2 kat bilik air. Rupa2nya, budak2 ni ngah sibuk isi air dalam baldi masing2. Kununnye, sediakan baldi berisi air sebelum air dicatu. Yang F paling tak tahan, ade plastik lak, elok2 berbungkus tutup atas baldi. Macam2 hipotesis dibuat berkenaan perkara sedemikian:








1. nak elak nyamuk dari membiak??

2. nak elak kotoran2 masuk ke dalam air??

3. tak nak bagi orang laen senang2 je cebok air dorang??








Korang fikir2kanlah ape konklusinye ek?!



Isu ni dah berlalu 3,4 hari yang lepas. Tapi F baru sibuk2 nak tulis entri pasal ni. Dan mase sembang2 ngan pakcik Google pasal air ni, terjumpa la artikel ini di Utusan Malaysia Online:





Gangguan bekalan air di Selangor pada 8, 9, 15 Disember

05/12/2009 2:08pm

KUALA LUMPUR 5 Dis — Gangguan bekalan air sementara akan berlaku di beberapa kawasan sekitar Petaling Jaya dan Hulu Selangor berikutan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sedang melaksanakan kerja-kerja menaik taraf perkhidmatan bekalan air di beberapa kawasan di sekitar Selangor.

Menurut kenyataan Syabas hari ini, gangguan akan berlaku di keseluruhan flat dan kondominium di Flora Damansara, Wilayah Petaling pada Selasa depan iaitu dari 10 malam sehingga 3 pagi keesokannya akibat kerja-kerja pemasangan injap kupu-kupu di Damansara Perdana oleh pemaju Saujana Triangle Sdn Bhd.

Gangguan bekalan air juga akan berlaku di Taman Seruling, Wilayah Hulu Selangor pada Rabu depan iaitu dari 7 pagi sehingga 7 malam akibat kerja-kerja henti tugas loji rawatan air Kuala Kubu Baru bagi kerja pencucian kolam imbangan oleh Puncak Niaga (M) Sdn Bhd.

Pada 15 Dis pula, gangguan bekalan air akan berlaku di Kampung Lembah Kinrara, Puchong; PJS 8/8 hingga PJS 8/14; Kondominum Suriamas, PJS 10/11; dan Mentari Court, PJS 8/9 akibat kerja-kerja pemasangan ”meter tekanan air” di saluran keluar kolam air Bukit Dengkil 10MG, Wilayah Petaling.

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip PUSPEL diikuti aduan atau pertanyaan dan hantar ke 39222.

— BERNAMA




Cuak tak?? Maunya F dan rumet tak cuak. Tapi, F kurang pasti la, dekat sini terbabit sama atau tak.

Jadi, same2la kite jimatkan air. Senang je.


Penjimatan sumber air dilakukan melalui beberapa usaha seperti:

  • Menggalakkan penggunaan pancuran atau shower ketika mandi berbanding kolam mandi atau tab mandi. Namun, tidak semua orang selesa mandi secara pancuran. Bagi yang menggunakan kolam mandi, anda digalakkan menggunakan gayung kecil.

  • Elak terlalu kerap mencuci kenderaan, sebaiknya cuci sekiranya perlu. Elak menggunakan pancuran getah paip tetapi siram kereta dicuci menggunakan air dari baldi. Tindakan bijak ialah menggunakan sumber air yang diperoleh daripada simpanan air hujan.

  • Siram pokok dan tanaman secara berkala bagi mengelakkan pokok disiram lebih daripada kadar diperlukan. Anda digalakkan menggunakan sumber air dari tadahan hujan.

  • Perlukah ada kolam? Sekiranya elemen air tidak begitu signifikan kepada sesebuah reka bentuk rumah kediaman, sebaiknya jangan diadakan. Kolam dimaksudkan adalah kolam ikan, kolam renang atau pun reflecting pool. Ini kerana apabila menggunakan elemen air pada reka bentuk bangunan, usaha menjaganya memerlukan air yang senantiasa diganti atau ditukar.


  • Untuk maklumat lebih lanjut, klik di sini.


    Boleh jadi masalah air ni, adalah akibat daripada kepanasan dunia. Tak caye?

    Bace ni.


    Ni akan dibincangkan di satu persidangan di Copenhagen. Bolehla korang undi EARTH kat atas tuh. That is the least we can do, people.

    No comments: