Saturday, December 5, 2009

Good Ending

Salam 'alayk.

Hari ni nak kongsi ilmu. Chewaah. Macam gaya naqibah siket2 kan? Takdelah. F tau, F banyak dosa, rase sangat hina, tapi tak salah kan, kalau nak kongsi sesuatu yang baek kan? Ingatan untuk diri sendiri, dan diri yang membaca. F tak pandai sangat nak ulas2 isu, jadi F hanya akan tulis input2 yang F rase dapat paham dari usrah aka study circle F pada tengah hari Jumaat kelmarin. F hanya akan simpulkan dari ape yang Kak Hawa aka fasi grup kami, tentang perkongsian kami.




IHSAN.

[boleh rujuk hadith semasa Malaikat Jibril tanya Rasulullah tentang Islam, Iman, Ihsan, hari Kiamat]

Islam -> Iman -> Ihsan -> Siddiqiin.

- Ihsan peringkat ketiga selepas Islam dan Iman.
- Abu Bakar as-Siddiq merupakan contoh orang yang dikelaskan sebagai Siddiqiin.
- Ihsan terbahagi kepada 2; iaitu kepada al-Khaliq [pencipta] yakni Allah S.W.T dan makhluk [manusia, binatang, tumbuhan dll.]
- Untuk jadi orang yang Ihsan, perlu ikhlas, tak riak dan yaqin [itqan].
- Ikhlas ibarat semut hitam, di atas batu yang hitam, di dalam gua yang gelap dan pada malam yang gelita.
- Waham [tahap keyakinan: 30%], Syak [50%], Zhon [70%] dan YAQIN [100%]
- Yaqin pula terbahagi kepada 3; 'ilmu al-yaqin, ainun al-yaqin dan haqq al-yaqin.
- Ihsan ada 4 peringkat [maqam]:
: Mujahadah [bersungguh-sungguh] - lawan nafsu, lawan kemalasan, lawan bisikan syaitan dll.
: Muhadharah [menghadirkan diri kpd Allah]
: Muraqabah [merasai bahawa Allah melihat kita]
: Mukasyifah [tanggungjawab kepada ibadat] - buat betul2 ibadat, semata-mata kerana Allah
: Musyahadah [sentiasa rasa Allah ada, dalam hati dan jiwa]




Lepas tuh, Kak Hawa ada ajar doa untuk bulan Ramadhan semasa bincang topik Ibadat. Maaf, hanya dapat tulis terjemahannya.

''Ya Allah, dekatilah kami pada Rejab dan Sya'aban, dan sampaikanlah kami pada Ramadhan''.


Istimewanya Ramadhan kerana:

- Satu2nya bulan Islam yang disebut di dalam al-Quran.

- Satu2nya bulan yang paling lama dikhutbahkan oleh Rasulullah S.A.W.


Peringkat puasa:

- Orang awam
: Tak makan, tak minum dan jaga dari hubungan intim [yakni hubungan suami isteri].

- Orang khusus
: Sama seperti di atas, tetapi lebih menjaga diri [jaga mata, jaga mulut, jaga telinga dll.]

- Orang terlbih khusus
: Melakukan apa yang orang khusus lakukan, tapi melakukannya dengan menrasakan Allah dalam hatinya.


p/s: Mengumpat semasa berpuasa, puasanya sah, tapi BATAL PAHALA PUASANYA!!


Ade jugak bincang sal Zakat dan Haji.

Ade hadis untuk ingatan:

''Jagalah harta kamu dengan zakat, ubatilah hati kamu dengan sedeqah.''

Kak Hawa bagitau, kalau rase hati tak tenang, kite bolehlah bersedeqah. Kat kawan2 ke, i.e. blanje makan. Hehe. Paham2la ye kawan2!! [Alhamdulillah, dapat pahala rupenye kalau blanje kawan2 dengan niat sedeqah yang ikhlas]




Dan ade ingatan jugak,

''Jangan benci si pembuat dosa, tetapi bencilah dosa yang dilakukannya.''

Maksudnye, orang yang buat dosa tuh dah termakan hasutan dan godaan syaitan. Boleh jadi jugak dia belum dpat hidayah. Sebab kadang2 si pembuat dosa tak sedar dosa yang dilakukannya. Tulah ape yang F paham tadi.


Kalau ade khilaf dan silap, tegur2lah. F sangatla kurang ilmu, tapi kongsi2 ni lagi bagus untuk kite.


Alhamdulillah, mungkin pagi tuh, bawak macam2 keresahan pada F, tapi menjelang tengah hari, optimis dan positif sudah mengiringi dan menemani F. Syukur, Ya Allah~~




FImin kate:
Kene sentiasa ingat-mengingati.

No comments: