Sunday, December 6, 2009

Gempar di KB Mall

Salam kepada pembaca2 tersayang.

Berkenaan tajuk di atas, ingin diingatkan, F tidak berada di tempat kejadian dan juga tidak punya sebarang foto2 untuk ditunjukkan di sini. F dapat tahu pun, sebab rumetku terbaca satu status di Fesbuk tentang kejadian KB Mall runtuh. Astaghfirullah..memang dub,dab,dub,dab jantung F dengar.

Maka, F dan rumet pun tengoklah blog yang menyiarkan berita berkenaan. Memang foto2nya sangat terperinci dan diambil dari jarak dekat. Oh, ada video selepas kejadian juga diletakkan di situ. Rupa2nya, bukan KB Mall lah runtuh, tapi ada kereta yang diparking di tingkat paling atas, telah terlanggar dinding, dan terjunam ke tingkat bawah KB Mall. Betul2 depan Watson's dan tempat jual henset2.

BACA LEBIH LANJUT DI SINI.


Banyak versi cerita yang F dengar. Tapi, tak naklah cerita kat sini, sebab kes itu masih dalam siasatan polis. KB Mall juga akan ditutup buat sementara waktu sebab bimbangkan keselamatan pengunjung2. KB Mall ini, memang sangatlah terkenal buat sesiapa saja yang datang ke Kelantan. Kiranya, jadi mercu tanda di tengah2 kesibukan bandar Kota Bharu.

Memang akan jadi tumpuan para pelajar, terutama sesiapa yang nak buat reunion, sebab nak ke KB Mall agak senang, berbanding nak ke TESCO. Syukur sangat2, sebab tak ada kawan2 yang terlibat. Sebab diorang semua tengah cuti, itu yang bimbang.

Oh, dan cerita ini F dapat tahu dari abah F sebab ada jiran yang berada di tempat kejadian. Alhamdulillah, dia memang tak apa2. Dia ada dekat2 kawasan letak kereta kat atasla masa tuh. Balik2 je, terus gempar cerita kat seisi taman perumahan kami [ceh, hiperbola punya cerita F].

Maaf, tak dapat nak letak gambar2 semua kat sini, sebab dah berlambak-lambak kat mana2 blog dan Fesbuk. Taip je KB Mall runtuh [walau bukan KB Mall sebenarnya yang runtuh..], mesti jumpa punya. Berita tengah panaslah katakan.

Innalillahi wa inna ilaihi raaji'uun buat dua orang mangsa yang terkorban. Sama2lah kita sedekahkan al-Fatihah dan bertafakur sebentar. Mati itu datang tidak kira kamu muda atau tua. Sama2 juga kita doakan seorang lagi mangsa yang masih dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab 2 selamat. Dengar kata, mangsa mengandung. Wallahua'lam.





FImin berkata:
Jantung masih lagi berdebar-debar.

2 comments:

armouris said...

elak kemalangan, jangan SMS ketika memandu! - Bahaya SMS (Ketika Memandu)

afiqah said...

armouris:

btol..btol..btol..
berite penoh sal kjadian,bleh bace lam metro..
dh detailed pun..