Tuesday, December 1, 2009

Aidiladha yang Berlalu

Salam Aidiladha 1430H. Walaupun F tahu, Hari Raya Korban baru sahaja berlalu, tapi F tetap nak berkongsi cerita semasa pulang bercuti pada saat yang sangat singkat itu.


Pemandangan yang indah di pagi hari raya..



1. Tiba pada pagi raya.

Sayu jugak rasa hati F dan kawan2. Iyela, kan, tercongok saje atas bas sambil tengok pemandangan alam yang indah. Pemandangan ape ye?? Tengok umat Islam yang sudah bersiap rapi untuk solat sunat Aidiladha, lengkap dengan baju yang cantik2. Tapi, kami, masih tak sampai2 ke destinasi masing2, walaupun, dah masuk kawasan Kelantan. Yang lagi syok, dapat tengok lembu2 yang ditambat, tengok dari atas bas jelah, yang syok giler makan rumput2 dan daun2, macam tau2, bakal dikorbankan.





2. Pengalaman tengok lembu dikorbankan.

Alhamdulillah, ma dan abah ade rezeki lebih tahun ni, maka dapatla keluarga kami menumbangkan seekor lembu. Ade prosedurnya sebelum lembu disembelih. Orang yang mengambil bahagian kena bersedia untuk niat sebelum mata pisau yang halus lagi tajam menghiris urat marih dan urat ape satu lagi, maaf terlupa. Kami, adik-beradik turut serta menyaksikan korbanan itu, sebagai tanda kesyukuran terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala, di atas nikmatnya yang tak putus2 ini. Angah dah bersedia nak ambil video, tapi berundur beberapa tapak ke belakang sebaik melihat darah yang mengalir keluar dari leher lembu itu.


Kucing ni sebok jaa..
Orang nak sembelih lembu,
bleh plak die men lari2 kat kawasan orang korban..



Nampak tak ade sesuatu kat tanduk lembu tuh??
Die dah sodok rumput+tanah..
Lembu jantan tuh..
Susah giler nak tumbangkan..
Memang garang lar..


Abah in action!!
Mane 1 ek abah F ni??



Abah lagi..
Maser ni dah buat2 posing, tapi cover muke..





3. Makan daging sampai sakit kepala.

Rumah Haji Mahmud belakang rumah kami merupakan rumah yang terawal, sudah siap menghidangkan lauk-pauk berasaskan daging. Padahal, keluarga kami sama2 mengorbankan lembu yang sama, tapi pakcik haji yang siap dulu. Kata makcik Mah aka isteri pakcik haji, mereka dah siap ramuan2 asas untuk memasak pada malam sebelumya lagi. Woooh, mantoop!!







4. Makan2 bersama kawan2.

F ade umum nak buat makan2 kan hari tu?? Alhamdulillah, hari Sabtu, 28 November 2009, mama dah siap masak macam2 untuk dijamukan. Ade nasi tomato, nasi putih, sup daging, daging masak ros dan lain2. Tapi memandangkan F panggil kawan2 datang selepas Zohor, maka ma dan abah ajak jiran2 dan kawan2 mereka makan dulu.

Tibanye Zohor, tak nampak pun bayang kawan2 ni. Dari angka 1, beranjak ke angka 2, masih belum ade. Terdengar suara abah,

''Along, mane2 kawan2nye?? Datang ke idak ni??''

F dah cuak. Mengantuk pun ade. Dalam hati terdetik, agaknye takde orang la kot yang nak datang. Bosan sangat, F bukak dvd The Secret Code Tohoshinki. Sampai khatam kali yang ke berape ntah, tengok dvd tuh.

Hampir pukul 3, barula dengar suare2 sumbang si Yo dan geng. Datang bersama Akmal, Nordin dan Zulhilmi. Dengan motor2 cabuk dorang la. Mulalah sesi pujuk-memujuk sebab F memang merajuk habis ngan dorang. Ilias muncul tak lame kemudian. Rupe2nye, Ilias pun dak farmasi gak, tapi amek diploma kat UiTM Penang. Dorang makan2 dan borak2 ngan F. Dah habis makan, borak lagi.

Kemudian, datangla sebuah erm..oh, mpv. Mirul rupenye. Ingatkan datang ngan maknye, rupe2nye Mc Yan. Ade Safwan duduk kat belakang. Tumpang-menumpang la katekan. Ajak masuk. Peluk cium Mc Yan, sebab lame gile tak ketemu muka ke muke. Asek lam Fesbuk je.

Borak2 dan makan2 lagi. Geng Yo nak blah dah, sebab dorang nak ke rumah Afiq Ali kat seberang lorong rumah F. Nak taknak, kene lepas dorang gi gak.

Elly pun sampai bersame uminye aka Teacher Norhayati. Bawak biskut tok F. Shweetla Elly ni. Haha. Kami pun menunggu Ah plak datang. Lama gak la, sebab jalan sesak. Mase ni, Mirul selaku tukang bawak keta, ajak penumpangnye tok chaw dulu. Kirenye, Mc Yan dan Ah tak sempat jumpe.

Borak2 lagi bersame Elly. Ah datang bersama rombongan meminang, oops, tak..tak..dengan abang dan adik2nye. Siap bawak tapai dalam bekas kecik yang cumeyl tok F. Time kaseh ya sayang oi. Susah2 je.

Elly kena gi gak sebab nak anta adik ke skulah. Tinggalla F borak2 ngan Ah. Macam2 cite kuar, sebab kami dah jadi bedmates, partner single-single beds, sejak Form 3.


The infamous trifle..
Yang ni kurang menjadi,
tapi alhamdulillah,
licin gak..











4. Shopping sakan di Tesco Kota Bharu.

Malam yang same, gi Tesco. Dah cakap kat abah, tak payahla, kang penat. Abah pun balas, takde2, kite setel sume malam ni, esok bleh rehat je. Baek btol abah F. Penat wat kenduri tak ilang lagi, sanggup bawak femili gi shopping plak.

Beselar, ade borong barang2 makan cam tak hengat dunia F ni. Satu gengla ngan Angah.

Pastuh, makan2 A&W kat lapangan/gelanggang??/mahkamah?? makan [chewaah..baca: food court].

Balik.








5. Pulang ke UIA.

Ahadnye, lepas Maghrib, lepas salam2 opah dan Iwan. Peluk cium Achu puas, sedeyh nak tinggalkan die, sebab die demam + sakit2 kaki dan tangan, trus bertolak ke Tesco. Oops, tuk shopping?? Oh, tidak..tidak. Nak naek bas la. Kan terminal bas baru dah berpindah ke belakang Tesco. Jalan memang sangatla sesak. Tu pun, dah bertolak seawal mungkin.

Lepak2 kat Big Apple Donuts and Coffee. F dan abah blah gi barang2 sket kat Tesco. Haha. Shopping lagi, padahal baru kate tak shopping.

8.30 camtuh blah kan Tesco. Ade jodoh plak, terserempak ngan Afiq Ali. Laen nampak rupenye. Tegor2 jap, dan trus ke terminal bas. Tapi bas sewaan khas kami, tak sampai2 lagi. Kalut gile jalan sana-sini cari bas. Memang agak lambat sampai.

9.45 cmtuh, peluk cium femiliku, trus dok atas bas. F pulak salah pilih tempat duduk yang takde aircond. Cian kat Wa. Kepanasan kami berdua. Maaf sangat2 Wa, F tak alert.

Kisah atas bas, laen kali plak cite.








6. Achu tersayang.

Oh, sape Achu yang tak pemes ni?? Huhu, cakap bukan sebarang cakap, Achu ialah kucing kesayangan F la. Asal name Koko, kemudian tukar jadik Pikachu, lawak tak?? Adik2 punye2 keje la tuh. Singkatannye, jadilah Achu. Achu ni dah banyak hari demam. Kaki + tangan lak injured. Tapi buat2 kuat bleh jalan. Cheh~~









F memang haru la nak tinggalkan die, sebab F asek tengok die depan mate. Risau kalo pape jadik. Sebab die demam, F siap bawak die tido dalam bilik, pasang econ lagi tuh. Kalo kat ruang tamu, Achu tido je atas sofa, F trus pasang kipas meja.

Kejap2, die nak makan, bagi Friskies. Nak air, bagi minum. Nak tidur, tepuk2 die sampai F lelap skali. Achu tak tido, tuan die lena dulu. Haru..haru..

Tapi takpe, dah tak bimbang. Patutnye hari ni abah bawak die jumpe vet. Nantila, kontek abah balek. Nak konpem.






Ok, itu sahaja ya.

Jumpe lagi.





FImin berkata:
Sekarang dah uninstall Mozilla Firefox dan install Google Chrome, courtesy of Zaty.
Maka setel masalah takleh edit post or upload photos.
Yeay!!


No comments: