Sunday, November 1, 2009

Zac

Salam 'alayk.

Dua hari lepas, digerakkan hati dan perasaan oleh Allah S.W.T. untuk menjenguk Yahoo!Mail. F tidak punya Yahoo!Messenger kerana:
1) ada masalah connection oleh Celcom Broadband tersayang
2) apabila ada connection stabilizer, tapi malas nak muat turun, sebab local disks sudah pun sarat dengan macam2.

Oh, berbalik kepada kisah dalam Yahoo!Mail. F hanya chat dengan teman2 melalui Yahoo!Chat hanya apabila F menukar status invisible kepada available. Itu pun, setelah sekian lama mendiamkan diri, bersembunyi di sebalik bayang2 sendiri. Ada sebabnya atas tindakan yang sedemikian. Maka, dengan takdir Allah, F dapat berhubung dengan seorang teman yang sudah pun berada di United Kingdom, dalam bidang Ekonomi. Subhanallah, sudah rezeki teman itu.


Zafirah bt Adrus.

Mula mengenalinya sewaktu ke kursus 2 tahun lepas. Menjadi teman sebilik yang sangatlah kecoh, yang pernah ditemui.

Maaf, sudah malas bercerita kisah lama.

Terputus hubungan seketika dengan dirinya yang digelar Zac, akibat salah diri ini. Maaf ya, Zac, aku terlalu sibuk. [Ah, alasan semata-mata!!]

Kami bertukar-tukar cerita tentang perihal diri masing2. Baru kutahu, hati kerasnya itu sudah pun dimiliki. Terlalu banyak perkara yang di'merapu'kan dalam chat kami itu. Cukup setakat itu sahaja F bercerita. Biarlah intipati perbualan kami yang selainnya, menjadi rahsia manis untuk kami kenangkan. Tika di Malaysia ini hampir tengah malam, di sana, masanya baru menghampiri 'Asar. Itu kata Zac.

Rindu sungguh F untuk bertemu Zac. Kerana Zac sentiasa punya buah fikiran untuk memeriahkan suasana dalam perbualan kami. Terima kasih, Zac!!







FImin says:
Thanks a bunch, my dear Zac.
You made my day, yeah, here was midnight, but there, was day, acceptable, maybe.
Sorry, too much nonsenses.

No comments: