Sunday, November 15, 2009

Petua Menajamkan Penglihatan

Menajamkan Penglihatan.



1) Kerap memandang sesuatu yang hijau.
[Oh, ini agak senang nak buat memandangkan pokok2 ada je kat luar tingkap].


2) Memandang wajah orang yang kita sayangi seperti wajah ibu, suami, anak-anak dan saudara sejenis, dan elakkan memakan benda yang manis.
[Mula2, F gelak sakan sebab fikir2, betul ke pandang muka orang tersayang boleh tajamkan penglihatan. Tapi, bila ranung2 balik, ada logiknya, sebab, satu, kita akan rasa lapang bila pandang mereka, dan dua, orang yang tersayang ni ibarat eyecandies. Pandang tak jemu. Bab elak makan benda manis tu, F kurang pastila. Kena rujuk balik pada mereka yang arif, ok?]


3) Bercelak ketika hendak tidur.
[Sekali lagi, kena rujuk pada yang pakar. Nanti F update balik kalau dah tahu, ok?]


4) Kerap duduk menghadap kiblat.
[Ini lebih kepada kerohanian, F rasa. Syukur Alhamdulillah, meja belajar sekarang kat kolej ni, menghadap kiblat. Tapi, kat rumah, tak. Nantilah, F buat pengubahsuaian sikit bila dah cuti.]


5) Makan lobak putih selalu.
[F ingat, lebihkan lobak merah, sebab ada banyak Vitamin A. Dulu, masa duduk kat asrama sekolah menengah pun, memang kawan2 sebilik asyik makan lobak merah yang mentah2. F? Tak lalu nak makan yang mentah2. Sekurang-kurangnya, biar rebus sikit, oklah, bolehla nak telan. Tak apelah. Nanti F cuba lobak putih pulak.]




Sumber:
Petua Nenek Kebayan






FImin berkata:
Terjumpa petua2 yang menarik ni masa tengah cari idea baru untuk EAP [English for Academic Purposes].
Sebab, bila fikir2 balik, baik cari petua2 tradisional daripada fokus yang susah nak buktikan keberkesanannya [i.e. Lemon Detox Diet]. Memang lemon membantu menurunkan berat badan, tetapi F tiba2 rasa lost pulak.
Baca entri
Oh, My Dear LDD!!


No comments: