Tuesday, November 10, 2009

Kisah Ini 1

Tahukah kamu, Afiqah ini punya perasaan??
Tahu pedihnya apabila dinafikan kehadirannya??
Tahu erti rajuk apabila sering diketepikan??
Tahu betapa terluka apabila dipandang sepi??

Hanya kerana Afiqah ini sering berlagak gagah, kuat,
maka Afiqah ini tidak kisah jika dipergunakan sesuka hati,
dipermainkan senantiasa??

Hanya kerana Afiqah ini sedaya-upaya tidak menolak permintaan teman,
dan sering berkata, ''Tak mengapa, kawan punya pasal, aku tak kisah'',
maka perlukah aku diperkotak-katikkan??

Marah??
Oh, tidak..
Jadi, apa?
Cukup untuk aku mengatakan bahawa aku hanya jauh hati.
Jauh hati..

Betapa aku melanggar prinsip 'kehipokritan' itu demi menjaga berkeping-keping hati.
Mulut mungkin berkata-kata manis, tetapi gelora di hati, siapa nan tahu.
Terkadang, aku diamkan sahaja kata-kata kamu yang menghiris hati ini.
Diam, kerana tidak ingin perkara yang kamu, dan mungkin aku, anggap remeh itu dipanjang-panjangkan.
Biar hati menangis penuh sayu, jangan sampai hebah.
Biar aku sahaja yang rebah dalam mencari erti hidup sebenar.
Sehingga dapatku kumpul kekuatan diri, untuk terus merempuh onak dan duri kehidupan dunia.


No comments: