Monday, November 16, 2009

Duit, Oh Duit!!


Hari ini, secara rasminya, aku masuk geng pokai. Baca betul2, pokai, bukan POKER, bukan PUKAU. Elaun belum masuk lagi, tapi ada je budak2 yang dah elaun mereka dimasukkan. Padanla dengan muka kau, wahai Cik F oi, beli benda makan macam tak ingat dunia. Lagi pulak, siapa suruh beli benda2 merapu?? Nasib badan~~ Elaun PaMa ada, tapi tu pun sedang2 jugak. Nak mintak lagi, rasa bersalah yang amat kat ma dan abah. Iyela, kerja penat2, anak pulak tahu habiskan duit. Jadi, konklusinya, diamkan saja.



''Woit, ko kan ade Nuffnang??!!''

Oh, yang itu?? Alhamdulillah, duit bertambah sikit demi sikit, tapi tak cukup untuk nak keluarkan. Baru lagi join.



''Hari tu, bukan ke ko buat bisnes megi best??''

Ye, iye, memang ade. Tapi, dah turun semangat lepas duit RM10 hilang. Salah aku jugak, masa duit itu menari-nari suruh aku ambil, aku buat bodo jek. Akibatnya, pagi esok, tengok2 dah hilang.



''Tak reti2 ke nak pinjam duit rumet kesayangan ke??''

Dulu, aku memang muka tak malu pinjam duit orang. Tapi, dah besor2 ni, segan pun ada. Lagipun, tak nak la susahkan sape2, sehinggalah aku betul2 tak de duit makan. Boleh je hidup lagi ni. Rumet tersayang ade tawarkan, tapi tak nakla. Kalau terdesak sangat, baru buat muka seposen gi mintak kat dia.
Sayang
awak.





Sebagai intihanya [cheh, tak leh blah guna ayat skema karangan BM SPM dulu], kena sedar2kan diri, supaya jangan keluar hujung minggu ni, melainkan elaun dah masuk, yang mana aku tak nak berharap sangat [sebab ada orang cakap masuk esok, yang paling best, masuk nanti awal bulan 12, memang KAW ah!!]. Lagi pun, minggu depan dah cuti Hari Raya Korban kan?? Sabar ajelah.

Pasar malam esok pun, sila tinggalkan pesanan "Jangan rindu saya tak datang, ok?!" kepada kawan2 yang ada duit, apabila mereka bertemu dengan penjual2 kesayangan hati F ni.




FImin berkata:

Kepada mereka yang tersayang, TOLONG, jangan nak sebut depan F atau komen kat sini dengan kata2 ini:

''Itula, sape suruh beli benda2 macam tu!''

Sebab, kamu lain, F pun lain.

Dan, F tahu dan faham setiap tindakan yang diambil.

Risiko F tanggung sendiri.

Jangan salah faham yang F macam tak nak dengar nasihat orang.

Itu bukan nasihat, itu
destructive and judgemental point of view.

Terima kasih.

F masih sayang kamu, kamu dan kamu.




No comments: