Friday, September 11, 2009

Perihal Aku aka F

Perihal Sebelum Pulang

1. Minggu sebelum pulang, hidup penuh dengan tugasan, tutorial dan kuiz.

2. Kelmarin, Khamis, 10 September 2009, punya dua kuiz, Biologi 3 dan Kimia 2.

3. Kelmarin jua, kami mengadakan satu sesi bergambar besa-besaran di Makmal Biologi A, sedangkan kami sepatutnya membuat ulangkaji eksperimen2 lepas, sejurus mendapat laporan2 eksperimen daripada Encik Mahathir[skema panggil nama Sir..LOL]. Oh, maaf ya, kawan2, gambar2 tidak dapat dimuatnaikkan buat masa sekarang.

4. Perasaan menjelang hari raya pada tahun ini agak best dan mengharukan, kerana betul2 dapat bersalaman dan bermaafan antara kami. Itulah yang F namakan persahabatan dan ukhuwah. Tahun pertama kurang meriah disebabkan kurang rapat. Namun, sekarang, semuanya sudah berubah.

5. Gatal tangan bagi kad2 raya buat mereka yang tersayang. Bagi yang tak dapat, aku tetap sayang korang, cuma fulus tidak mengizinkan.




Perihal Perjalanan Pulang

1. Hujan turun dengan lebatnya tatkala aku dan wa di dalam teksi ke KL Sentral.

2. Kami menaiki Skybus beramai-ramai bersama kawan2 yang bakal pulang ke Terengganu pada jam 8 malam. Perasaan yang sangat best, tetapi kami tak sempat buat kecoh atas bas, kerana masing2 ketiduran.

3. Dapat satu pek pencegahan H1N1 di KL Sentral daripada pihak Perbadanan Nasional Berhad. Ada 5 topeng muka yang bertali sangkut dan satu botol kecil pembersih tangan tanpa bilas. Terima kasih, ya.

4. Pertama kali berbuka puasa di Food Garden, LCCT, bersama2 Wa. Selera aku menurun dengan mendadak, sedangkan Wa mampu menghabiskan satu hidangan KFC.

5. Selepas melepasi sistem keselamatan LCCT, ketemu sama Alia Nadia, bekas teman sekolah menengah F dulu. Masih Alia yang comel. Oh, ini merupakan semester terakhir buatnya dan Yuni di CFS IIUM, Nilai, dalam jurusan Ekonomi.

6. Alhamdulillah, penerbangan Air Asia AK5294 pada kali ini, tidak tertangguh. Tiba di Kota Bharu pada jam 10.30 malam.



Perihal Pulang ke Rumah

1. Akibat F yang tidak cukup makan sewaktu berbuka, maka dengan tiba2, selera membelenggu diri untuk makan piza. Maka, dua kotak Piza Zan dibeli dari D'Village. Satu kotak bersaiz keluarga - piza makanan laut dam satu kotak bersaiz sederhana - piza ayam. Makan dua potong tanpa rasa bersalah.

2. Lepak dengan mama, sambil baring2 dan berkongsi cerita.

3. Melayan kerenah adik F yang obses sama seekor anak kucing yang diberi nama Kiko atau Koko atau apa2 sahaja yang ada -ko di belakangnya. Tapi F tetap rindu sama Comey. Kucing ini sama nakal seperti BB, yang telah mati pada 7 tahun lepas.

4. Mama mencadangkan supaya F berhenti menggunakan krim Oxy dan kembali ke pangkal jalan menggunakan Tia Amelia, kerana muka F kelihatan semakin sensitif.

5. Kasihan sama Angah. Mengalami alahan kulit pada tangannya akibat sarung tangan. Maka, dia berhadapan masalah untuk menjalani latihan praktikal untuk jurusan kejururawatan itu.

6. Berbincang dengan Abah dan Mama. Tentang apa? Tentang telefon bimbit F yang semakin bermasalah. Maka, F berkira-kira untuk mendapat satu telefon yang baru. Namun, kembali ragu2 dan keliru, apabila memikirkan bahawa F ingin memiliki komputer riba HP dv4-1409TU yang berharga RM2799 itu. Haisyh..

7. Dan F perlu tidur SEKARANG sebelum Opah tersedar dan berkata, "Manja!! Tidur!! Esok nak sahur!!"

No comments: