Tuesday, July 14, 2009

Tiada Tajuk Spesifik

Pada kala jam 3++ pagi ini, mata aku belum lagi rasa mengantuk. Mungkin akibat tidur siang tadi. Lebih parah apabila waktu tidurku sudah pun melampaui masa yang sepatutnya, maka tubuhku ini semakin susah untuk membenarkan aku untuk melelapkan mataku.

Cemburu aku pada teman sebilikku, yang sudah lama lena, menganyam mimpi2 indah. Sedang aku, masih lagi menatap pada komputer ribaku ini, menaip tiap2 baris entri pada pagi ini. Jam 3 pagi. Sunyi, tapi tidak bermakna kosong. Masih ada jua penghuni2 MZJ yang asyik bersengkang mata, memandangkan peperiksaan pertengahan semester semakin menjelang tiba.

Aku antara yang bakal memduduki peperiksaan itu jua, tetapi pada selepas cuti pertengahan semester yang bakal bermula seawal Khamis ini. Aku akan pulang jua, bersama teman2 menaiki penerbangan tambang murah Air Asia.

Kelas pada hari ini hanya akan bermula pada jam 10pagi. Maka, kesempatan ini aku gunakan untuk menyiapkan apa2 yang sepatutnya kerana hari2 akan datang pada minggu ini, sudah pun dipenuhi dengan pelbagai tarikh untuk kuiz bagi kebanyakan subjek yang aku pelajari.

Kuiz Kira2 2 pada pagi tadi, dijawab dengan penuh rasa ragu2 dan kurang yakin akibat kurangnya ulangkaji. Maka, kecuaian tidak dapat dielakkan. Aku berserah dengan rasa rendah diri. Salahku jua.

Dan pada siang tadi juga, kecoh dalam kalangan kami, masing2 sibuk menghantar sms, untuk apa ya?? Untuk mengetahui keputusan MUET yang sudah diumumkan. Syukur Alhamdulillah, keputusan aku cukup untuk melepasi kelayakan yang telah ditetapkan, walaupun aku kurang berpuas hati. Hai, itulah manusia, tidak pernah puas dengan apa2 yang dimilikinya.

Setakat di sini sahaja aku bercerita tentang yang apa2 ini. Masih perlu meneruskan perjuangan untuk berusaha melepasi mata 3.5 itu.

Perlu kuat. Oh, tidak. Lagi KUAT.

Selamat tidur, kawan2.

Moga2 kamu mimpi yang manis2 belaka.

1 comment:

ummuatiqah said...

holiday mood is ruined by the coming examinations,,,
huh,,,,*sigh*sigh

anyway,,,
good luck,,ganbatte,,