Monday, April 13, 2009

Makan Best, Jimat Wang

muzik: fighter - ss501

salam untuk semua.

tiap2 malam, untuk makan malam, saya dan teman sebilik kesayangan, zaty, selalu berkongsi makanan supaya kami boleh menikmati satu makan malam yang penuh menyelerakan. kenapa anda juga patut cuba??

~ anda boleh makan dua atau lebih jenis lauk-pauk bersama nasi putih atau nasi goreng.

~anda boleh jimat wang anda~


~makan bersama teman2 menyeronokkan sambil anda berbual-bual tentang isu2 semasa~

~kata orang putih, "sharing is caring and loving". masa tersebut amat sesuai untuk anda mengaplikasikan kata2 tersebut~

~boleh menjadi contoh kepada orang yang lalu-lalang supaya mengamalkan perkara yang sama~

~lakukan perkara ini di kafeteria lebih baik, kerana ada meja dan kerusi, berbanding di dalam bilik, yang memerlukan anda tertunduk ketika menyuap makanan~

~tidak ada perasaan segan ketika mahu mengambil lauk-pauk yang ada kerana anda semua sedang berkongsi~

~cara terbaik untuk merapatkan hubungan silaturrahim yang memang sudah rapat~



susunan di atas tidaklah mengikut keutamaan atau kepentingan. ini hanyalah satu pandangan dan cadangan, yang saya agak pasti bahawa ramai antara kita, pelajar, sedang mengamalkannya. terpulanglah kepada setiap individu atau kumpulan untuk menjadikan perkara ini lebih menarik.

telur bistik = RM2.80


tomyam = RM2.80


nasi putih = RM0.70 satu pinggan
teh ais = RM1.20
air laici = RM1.00


jumlahnya RM9.20.
[harga tertakluk kepada tempat masing2]



p/s: kepada cik SRII, kalau kau sertai [join] kami, kami ingin sangat kalau kau pilih kangkung goreng belacan. hehe. zaty yang cadangkan.

No comments: