Wednesday, April 8, 2009

jiwa luka parah

aku dapat merasakan betapa parahnya luka di hatiku ini. bukan niatku untuk mengecewakan mereka, apatah lagi untuk melukakan. tetapi, perkara itu berlaku secara tiba2 dan tanpa disengajakan.

lebih kurang pukul 2 pagi tadi, satu kejadian memilukan telah berlaku, apabila tanpa aku sengajakan, telefon bimbit sony ericsson k320i aku telah terhempas ke lantai. adus!! parah2. hari itu, baru sahaja aku membatalkan niat untuk membeli telefon yang baru, kerana kegawatan, nampak gayanya, perlu mengeluarkan ongkos jua, di samping diberi sokongan oleh mama dan abahku.

hehe. abah, rasa macam mahu handphone baru boleh?? tak perlu yang memuatkan mp3, cukup sahaja, jika ada aplikasi kamera, kerana along begitu terdesak mahu ambil gambar.

sebenarnya, aku belum consult atau negotiate lagi sama abah aku. nantilah. akan aku aturkan kata2 sebaiknya. hehe.

No comments: