Friday, April 24, 2009

Hari Bersejarah

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

PERHATIAN!!!

Esok, tanggal 25 April 2009, maka Cik Nur Afiqah bt Mustafpa akan mendapat gelaran Puan.

Oops, silap. Gurauan semata-mata. Jangan ambil serius.

Begini sebenarnya, maka, esok, hari Sabtu, saya, dengan rasminya akan menduduki Malaysian University English Test [MUET], tepat pada jam 7.30pagi, di LY 002.

Berikut disertakan jadual peperiksaan tersebut :

800/3 : Reading : 8.00 - 9.30 pagi

800/4 : Writing : 10.00 - 11.30 pagi

800/1 : Listening : 12.00 - 12.30 tengah hari


Dan, pada tarikh bersejarah, 05 Mei 2009, Selasa, saya, akan berdepan dengan para juri [sebenarnya, seorang sahaja], untuk persembahan individu. Maksud saya, perlu membebel/bercakap/menjerit/melalak untuk dapat markah bagi percakapan.

800/2 : Speaking : 11.00 pagi, Sesi 2.

Tidak dilupakan juga, saya perlu jua berdiskusi/berbincang di dalam satu kumpulan. Juga untuk mendapat markah, untuk melayakkan diri untuk tergolong dalam kumpulan Band 3, sekurang-kurangnya untuk jurusan saya.

Doakan saya.

Oh, harap anda tidak kisah dengan saya menulis dalam bahasa ibunda, walaupun untuk entri MUET.







p/s: saya akan meletakkan pos akan datang tentang:

- keadaan di dalam makmal Biologi B, bersama Geng 9 [G9] semasa Jumaat lepas, 17 April 2009, semasa eksperimen saliva.

- ekspedisi yang memenatkan saya dan zaty ke PWTC, menyertai ribuan yang lain dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009, pada hari berikutnya, Sabtu, 18 April 2009


Selamat tinggal!!!

No comments: