Monday, March 16, 2009

sepi..

lama aku sepikan diri, bukan bermakna blog ini tiada penghuninya. cuma, apabila kemalasan menguasai diri, ditambah pula dengan ketandusan ilham dan kegersangan idea, maka jari kurasakan kaku di papan menaip ini. maaf untuk semua, sindrom kemalasan ini hanya bolah diubati apabila pembacaan dibanyakkan, maklumat ditelaah dan semangat yang jitu.

bercerita tentang diri aku, tiada apa2 yang istimewa pada waktu cuti ini. dan sebenarnya, aku diserang kembali penyakit gila korea aku yang telah lama berlagak pasif di sudut jiwa aku. *ketawa*. bunyinya macam kelakar, tetapi, aku masih bernasib baik kerana, pada kala ini, emosi masih stabil berbanding diriku yang lama, terlalu obses dengan drama2 korea.

drama yang amat mengusik perasaan aku itu, tidak lain lagi, ialah 'boys over flowers' aka 'boys before flowers' aka 'hana yori dango korean version' aka 'kkotboda namja' [srii, sila vetulkan kalau ejaan roman korea ini ada cela, ya].

jalan cerita mengagumkan, walau ada babak yang tidak dapat akal aku terima. pedulikanlah..aku tidak kisah. episod2 yang aku telah lama ketinggalan ini, aku ikuti satu persatu sebaik mungkin di laman mysoju atau pun di youtube sahaja.

sebelum aku menghabiskan kesemua episod dari yang satu sehinggalah yang ke-19, aku terlebih dahulu menjumpai blog yang mengulas dan mengupas secara teliti bagi setiap episod. bagi sesetengah orang, itu akan mengganggu keseronokan menonton, tapi tidak bagi aku. dengan mengetahui sinopsis dan komen2 tersebut, maka aku dengan lebih mudah memahami jalan penceritaan yang bakal disampaikan dan pada masa yang sama, dapat berfikir dengan lebih rasional, bukannya emosional.

itu sahaja.

oh, encik dan nombor2??

mula pupus dari kotak hati dan perasaan aku sejak aku pulang. itu pun, aku hanya berhubung dengan encik dua melalui 'muka buku', bertanyakan tentang gambar2 sewaktu jamuan kelab. dan dia tidak banyak memberi respons.

aku akan bercerita lagi...

No comments: