Wednesday, March 18, 2009

plkn kump. 2 2009

maka, angah merangkap adik aku, akan mula berangkat ke kem batu jong, kuala krai, kelantan, bagi mengikuti plkn yang dia idam2kan selama ini. no offense, tapi dia memang betul2 mahu pergi. hari ini, dia keluar bersama2 teman2, meraikan perpisahannya. angah memang impikan untuk menjadi salah seorang pelatih plkn. ingat tak, ada suatu ketika, khabar angin yang bertiup sepoi2 bahasa, menyatakan, jikalau kakak atau abang dapat ke plkn, maka seluruh adik-beradik akan turut dapat. ketika itu, aku sangat tidak mahu ke kem plkn kerana ingin menghabiskan musim cuti 6 bulan aku di rumah sahaja. maka, angah berkata, dia berdoa agar aku terpilih kerana dia terlalu ingin ke kem itu. walaweyh. tetapi aku tak dapat. aku kata, nasib baik. tapi, kawan2 yang pergi, cerita pada aku bahawa plkn itu sangatlah seronok. rasa cemburu kejap pun ada. alhamdulillah, tahun ini, rezeki angah ada, dan dia dipilih unuk mengikuti kem ini bersama kumpulan kedua.

oh, betapa aku akan rindu akan angah. tiada lagi orang yang boleh aku buli, tanpa mulutnya mengomel apa2. tiada lagi orang yang ada untuk mengurut opah aku setiap malam. tiada lagi orang yang boleh aku lepak di biliknya sambil bergosip dan berkongsi rahsia. tiada lagi suara yang lantang dan nyaring, berteriak kepada iwan dan adik.

sungguh..aku akan rindu..pada angah.

mujur sahaja aku akan pulang pada malam ahad nanti. kalau tidak, makin membuak2 lah rasa rindu itu. aku harap dia menghabiskan masa di sana sebaik mungkin. semoga dia pulang dengan semangat yang baru untuk menruskan perjuangan hidup.

sayonara, sayangku..

No comments: