Monday, February 9, 2009

tulisanku

tadi, lepak kejap dengan mun, wa dan aina. layan full house. aku rasa aku ketagih mahu mem'blog', tapi ketandusan idea. poyo.

banyak sangat perkara yang aku ingin kongsikan di sini. tapi, aku tahu dan faham bahawa kadang2 tulisanku akan melukakan. memang ini blog aku, dan aku punya hak aku untuk meluahkan apa2 sahaja. tapi, entahlah. eh, apalah yang aku taipi pun, aku tak pasti. mengarut.

kepada yang ada membaca, jika kamu terkesan dengan 'posts' aku yang sebelumnya, aku pohon jutaan kemaafan. kadang2, ada yang kelihatan menyakitkan hati dan juga menggelikan. haha. tapi, aku tak fikir untuk menyimpan sekadar di dalam draf cuma, apatah lagi membuangnya. kerana aku belajar dari kak fynn. itu sebagai ingatan, pengajaran kepada diri aku sendiri, sebagai bukti bahawa aku juga punya sejarah tersendiri. ya, benar.

~f~
terkena 'sindrom selepas smac'..=]

No comments: