Wednesday, February 11, 2009

sebentar tadi

serius aku memberitahu,

sebentar tadi, idea datang mencurah2 dalam minda aku. tapi, sebaik jari menari di papan kekunci ini, lesap kesemuanya.

sebentar tadi, sewaktu di kelas menulis [writing], aku memberi idea. diterima.

sebentar tadi, aku menambah satu kata kunci semasa pensyarah menerangkan tentang isi2 berkaitan.

maka, ada yang tergelak.
sinis?? aku tidak pasti.
kelakar?? tidak mungkin.
mengarut??kalau tidak, mengapa idea aku diterima pada awalnya.

seseorang ini sungguh menjengkelkan.
diketawakan aku dengan muka yang tanpa rasa bersalahnya.
dipalingkan muka ke belakang, mempamerkan di hadapan aku, seolah-olah aku memberikan kata2 yang tidak sepatutnya.

hey, kamu!!
kamu mungkin membaca, mungkin jua tidak.
kerana saya tidak pasti sama ada blog saya menjadi tatapan atau tidak.
saya hanya menyebut 'chromosomes' dan kamu ketawa.
kamu tonjolkan muka kamu di hadapan saya, sambil ketawa, sambil menyebut kembali 'chromosomes' itu.
salahkah???
kalau silap, sila betulkan diri ini yang khilaf.
saya sukar menerima pendapat orang, itu saya akui, tetapi saya boleh cuba bertolak-ansur dengan pendapat itu, mungkin.
kerana saya tidak mungkin selalunya betul.
dan kamu juga begitu.

~f~
tiba2 rasa sangat menjelikkan.
*uwek2*

No comments: