Friday, February 13, 2009

pos..

pos yang ingin aku ceritakan di sini, bukanlah mengenai 'post' di blog ini.
tetapi..
pos ekspres yang abah aku kirim sejak 10feb yang lepas, telah pun sampai. gembiranya!! mungkin sudah lama tiba di mahallah kami, tapi, aku yang terlalu sibuk untuk menjengah ke pejabat untuk mengambilnya.

apa isinya??
satu sampul besar, yang terisi dengan kertas mengenai penerbangan pulang aku dan kawan2 di penghujung semester ini. ya, kami akan pulang dengan penerbangan air asia.

tarikh: 04 mac 2009
masa : 03.40ptg
bilangan: 11 orang.
tambang : rm 44/satu

ramai, memang ramai. harga tambang merangkumi harga tiket penerbangan[rm9.00], cukai[rm28.50] dan pengangkutan bas dari kl sentral ke lcct[rm6.50].

murah, kan??berpatutan dengan kami. lagi pula, kami akan tiba 6-7jam lebih awal dari perjalanan bas yang biasanya memakan masa selama 8-9jam. syukur.

~f~
oh, aku rindu keluarga dan kesayanganku..
tunggu daku ya, semuanya..!!

No comments: