Friday, January 16, 2009

03012009

f dah nak balik. f dapat tiket siang sebab tiket malam dah pun habis. f nak naik sani ekspres, jadi nak ke tak nak, sani ekspres hanya ada perjalanan siang. ah, mesti f akan naik gila kebosanan. dah lah masa nak balik ke kelantan hari itu, dah bosan sangat2.

selepas solat subuh, f tak tidur balik, macam hari2 biasanya. iyalah, f dah nak balik naik bas pukul 9.30 pagi, takkanlah nak tidur balik kot. f kata kat diri sendiri, tak mengapa, qadha tidur atas bas nanti. nak tidur sepanjang perjalanan pun tak kisah.

pagi tu, mama masak bihun goreng pedas. kegemaran f. f makan 2,3 pinggan juga lah. 1, sebab f lapar, 1 lagi, sebab lepas ni mana nak cari masakan mama. hurm, yummy2. sambil makan, tengok drama korea hujung minggu kat 8tv-snow queen.best jugak lah citer tuh.

asyik punya ralit, masa pun berlalu. f tak siapkan diri lagi. jadik, f cepat2 makan dan bersiap2. mama banyak kali jenguk bilik angah, tapi dia tidur lagi. pasti tak nak pergi hantar f lah tu. sebab semalam tu, kami gaduh kecil. biaselah, dah same2 keras kepala. tapi mama tak tahu la. kalau tak, dah lama kami kene bebel kot. woohoo.

lepas salam opah, kami berangkat ke stesen kat jalan hamzah sebelah kb mall. tapi, mase tuh, hujan renyai2. tempat berteduh pun dah basah, mungkin sebab tempias kot. f angkat beg letak atas tempat duduk tuh. sebaik f pusing, f nampak syuk. brother yang aina minat. f tahu die orang kelantan sebab mase nak balik raye, f kan kene tukar bas. mase tuh, die lah pic bas yang f naek tuh.

f kate tak pelah. mungkin die tunggu bas mutiara atau mahligai kot sebab masa tuh memang banyak bas mutiara. f berpaling untuk duduk di tempat yang menghadap jalan raya. jadi, dah tak payah tengok muka si syuk tu lagi.

dah 9.30, tapi bas tak sampai2 lagi. mama tengah borak ngan mak orang. abah, iwan dan adik ade duduk2 dengan f. abah beli suratkhabar. f pesan beli metro untuk f sekali sebab nak baca atas bas.

dalam pukul 10pagi camtuh, bas sani ekspres datang 3 sekali gus. f berpaling dan nampak syuk tuh masih ade lagi kat situ. f kate matilah aku kalau satu bas dengan mamat sorang ni. pada masa sama, kat hujung sebelum bas masuk, f nampak qim. pelik gak. qim orang kelantan?? pertama kali f nampak die kat sini. die naek bas sani gak, sebaik die naek bas tu trus blah.

abah pun sibuk siket nak letak beg f. sekali dengan syuk tuh. rupenya, syuk naek bas same ngan f.
f tengok tiket, hurm, agak2nye, tempat duduk f kat atas kot sebab nombor seat besar sangat. no 36. f pun beratur lah nak naek bas lepas salam ngan sume. selang 2,3 orang, syuk kat depan f. f naek dan periksa tiket dan pakcik tu cakap f duduk kat bawah. ohh. f masuk kat kawasan bawah dan mata f trus melilau pada tempat duduk belakang, nak tengok syuk duduk mane. pastuh, sebaik f pusing ke kanan, f trus namapk die. nombor seat tuh 36-37. syuk duduk kat tepi tingkap. nak tak nak, f kena duduk tepi. dah lah kat depan plak tu. agak2 mana f tak tensen.

kami sama2 baca suratkhabar. sama2 metro lak tuh. aih, kesian lak kat aina. asyik2 f yang kene dengan die. mungkin Allah nak jadikan f perantara aina dan syuk kot. f redha je lah. tapi f rase tak selesa sangat. sebab kami tak de nak tegur ape2 kot. tapi kan f rase, since die dak dq, agak impossible tok die tegor f. f plak, tak la memalukan dirik sendiri tok tegor luh.

tak pe la. tengah jalan, hujan lebat. air naek. tapi bas kami bleh lepas. f ngantuk sangat2. tapi f tataw nak tidow camne. f pom pk, tdow je la. pe kesah ngan die. sebab arap2 pasni, dah tak payah kene jpe die dah. bile f ngantuk je, f tidow. f buat tak kisah je ngan die kat sebelah f. bile f bangun, f buat2 rajen nak baca novel mercy yang dah berbulan terlambak kat rak buku.

tetiba tengah jalan, f rase lapar sangat. tu lar, ma dan opah suruh bawak bekal, f tak nak. kununnye bleh tahan. tapi f sangat tak tahan rase lapar. pe la, perut ni wat perngai ngade2 la tuh.

sampai kat merapoh, berenti kat tempat sani. f g solat jamak zuhur dan asar. bile f dah kua dari toilet, f tengok die dah siap solat. yela, kalau dah name pom jamak ngan qasar, kejap je. lagipun, f dh berjam2 kat toilet since ramai orang masa tuh.

lepas solat, f ingat nak cari makanan ringan2 siket. tapi situ restoran je ade, mana ade kedai runcit. alah, bengang tol. f lapar macam dah nak pecah perot. f doa, janganlah sakit perut macam masa last day spm arituh. siksa dowh.

lupe nak cite, kua dari surau, f nampak qim. die pandang f, tapi f wat bodo jek. tak leh blah ar mamat tuh, asek nak gatal jek. f pun nak diushakannya. woohoo.

naek atas bas, f duduk2. minum air je. ble bas dah stat nak jalan, org sebelah tuh, selamber je makan kek apollo. habis la 2,3 peket gak. kalo la org laen, dah lame f buat muka tataw malu, mitak satu. entahla, kalo dah namenye pun ego+malu itu menebal, sampai bile2 f rela tahan lapar dan saket pewot.

habis makan, die dengan selamber lagi, tarik langsir, nak tidow. alaa, xleh blah btolla. f xngantuk dan nak sambung bace novel nih. naseb bek la, ade la cahaya siang sket2. bleh la bace.

f sgt xsabar2 nak sampai kat putra neh. rase macam nak cepat2 blah.

sampai je putra dalam pukul 6.15 petang, f trus turun amek beg ngan die pun ade skali. f bawak beg dan trus blah. f tataw die ke mana coz die jalan duluh. jpe ngan paklang, trus naek keta dan balek ke cfs.

sampai sane, jerit kat aina, 'LAPAR!!'. serius f lapar!! aina gelak je time f cite nightmare tuh. xleh blah la. pe nye kawan yang gelakkan f yang melalui 8jam yang sgt menyeksakan.

f dah tak nak jumpe die lagi.

tolonglah..

f rase nak pakai topeng je kalau terjumpe ngan die.

xoxo
malunyee...

No comments: