Wednesday, December 10, 2008

30112008

sungguh f tak sangka, beberapa jam yang terakhir dihabiskan bersama di gerai ec memberi 1001 kenangan yang terindah [lagu latar:kenangan terindah]. f hanya menyertai mereka ini lebih kurang pada jam 6++ petang. mari f bercerita tentang setiap ahli yang terlibat. memang menyeronokkan.

haziq. merupakan 'programme manager' aka pm. berkulit cerah dan agak tinggi. f nampak mula2 haziq macam sombong dan bersikap diktator, tetapi tidak f sangka, haziq juga mempunyai hati yang luhur. kelakar, pada saat2 terakhir yang kami habiskan bersama. ''masuklah wahai bala tenteraku..'', f tak tahu kenapa, tetapi sekurang-kurangnya ayat yang mudah itu mampu untuk menceriakan suasana, walaupun kami kepenatan akibat mengankut barang dari gerai ke kafe e. jauh, memang jauh. dan cukup meletihkan, tidak termasuk lagi lenguh2 di kaki dan badan kami. terima kasih, haziq. kamu memang seorang pm yang bagus, mengambil berat dan bertanggungjawab [dan juga kedekut kan?? LOL].

aina. 'assistant pm'. asyik takut dengan haziq. f pun tidak faham kenapa sebab haziq itu ok saja. tetapi amat menjaga kewangan[bukan bermakna kedekut ok?!] dan kebajikan kami. pandai memasak dan tidak henti2 membuat pelbagai kerja. selalu pergi awal ke gerai dan orang yang paling lewat meninggalkan tempat itu. ya, tanggungjawab yang perlu dipikul bukan boleh dipandang enteng. pernah menangis sebelum gerai dibuka akibat terlalu tertekan. tetapi aina ini sentiasa cuba menjaga hati semua orang dengan apa cara jua.

afiq. orang yang mula2 mengusik f pada hari pertama gerai dibuka. petang itu, ya, petang, f seakan-akan tidak mempunyai teman untuk berbual. tetapi afiq dan wan cuba membuka langkah untuk berkawan. f sedang menggoreng ayam [hehe..] menggunakan 'electric deep fryer'. afiq beritahu kepada wan di depan f yang mereka tidak mungkin dapat menandingi kehebatan f menggoreng ayam. f tergelak dengan keletah mereka. tetapi hati2 ya, afiq ini sudah berpunya tau! walaupun aweknya tinggi sedikit daripadanya dan tampak agak garang, tetapi afiq nampak selesa sahaja. 'go,go, afiq!'

wan. mulut murai. dan juga bermulut manis. pelajar kejururawatan ambilan kedua. pernah belajar di kolej matrikulasi yang sama dengan nasiha sakina, sebelum datang ke cfs. amat suka bercakap, mengusik dan memuji mana2 perempuan yang lalu-lalang di hadapan gerai kami. f pernah secara tidak sengaja mengecewakan wan disebabkan f terlupa yang dia memesan supaya nasi yang f goreng pada malam sabtu itu, ditinggalkan sedikit untuknya. maafkan f, ya wan.f benar2 terlupa. untuk pengetahuan, wan amat meminati kawan kepada hamizah, sarah namanya. sarah memang lawa dan memberikan tindak balas apabila kami mengusiknya. ok lah, budak terengganu. kamu memang kawan yang baik.

hamizah. kalau tidak mengenalinya betul2, f akan sangkakan hamizah ini seorang yang garang dan sombong. hamizah sebenarnya amat rajin dan walaupun dia suka mengerahkan orang lain membuat kerja, itu tidak bermakna dia suka bersenang-senang. setiap waktu, pasti tangannya itu tidak henti2 membuat itu dan ini. sekejap f lihat dia asyik memasak, kemudian memotong sayur dan adakalanya, pergi membasuh segala perkakas yang kotor. hamizah ini, ketika bertemu f selepas berakhirnya projek gerai itu, masih bertegur sapa dengan baik. dan dengar cerita, hamizah merupakan anak buah kesayangan saudara aishamudin. sejauh mana kebenarannya, f pun tidak pasti kerana tidak pernah menyaksikannya sendiri. semoga berjaya, hamizah.

j. juga rajin dan merangkap penolong chef2 yang ada. banyak membantu f ketika f menggoreng nasi pada malam sabtu itu. j juga tidak pernah menyatakan rasa penat atau letih ketika melakukan kerja. tahniah j!! yang amat menggilai edward cullen sepenuh jiwa dan raganya.

kak elina. yang mana kami memanggilnya dengan panggilan kak L. kak L ini amat susah untuk f lihat dia marah2. hehe..f ini kadang2 ponteng kerja [oops, f melibatkan diri dengan gerai ini secara sukarela, ok..?1], kak L memang jarang sekali 'sound' orang. orangnya memang manis, berkacamata gitu. rajin dan suka jaga kebajikan kami, anak2 buahnya yang nakal ini. sayang..kak L.


''time flies, but memories remain..love you all to the pieces..!!''

No comments: