Saturday, May 24, 2008

sassy girl, chun-hyang

by the time i'm writing this, i'm accompanied by my favourite korean drama series ever, sassy girl, chun-hyang. sebenarnya, ini ulangan drama ini. last time i watched the series was i was in form four, dan tak sempat nak tengok sampai habis sebab kena balik asrama time tuh. frust gile. aku ni agak fanatik cerita korea, it started apabila abah mula pasang astro kat rumah. this time around, aku rasa aku tak sempat juga nak tengok cerita ni sampai habis kot. kali ini, aku dah kena daftarkan diri kat uia. huhuhu =(. i guess, i need to buy the cds. lagipun, harganya for sure dah turun berbanding mula2 cerita ni keluar.

SASSY GIRL, CHUN-HYANG.
mari aku bercerita sikit pasal cerita ni. chun-hyang ni seorang pelajar perempuan yang bijak. dia tinggal dengan mak dia. dia juga bekerja sambilan di tempat pelancongan untuk menampung kehidupan mereka anak beranak. nak dijadikan cerita, seorang pelajar lelaki yang agak bermasalah di seoul [yang juga anak seorang pegawai polis], ditukarkan ke sekolah yang sama dengan chun-hyang. hensem lagi bergaya, bernama mong-ryong. tetapi perkenalan di sekolah sebaliknya di tempat kerja chun-hyang. berlaku satu kejadian antara mereka sehingga menyebabkan mereka tertukar telefon bimbit masing2 secara tidak sengaja. disebabkan telefon bimbit mong-ryong terjatuh ketika kejadian tersebut, maka chun-hyang dipertanggungjawabkan untuk menanggung kos membaikinya. dipendekkan cerita, telefon bimbit masing2 akhirnya kembali kepada empunya. mong-ryong pada masa yang sama, amat meminati senior perempuan di sekolah lamanya dahulu, chae-rin[watak antagonis yang menjadi pada pandangan aku]. mong-ryong kembali berhubung dengannya dan menginginkan satu pertemuan antara mereka bagi menyatakan isi hatinya. namun, pertemuan itu melukakan hati mong-ryong kerana chae-rin hanyalah menganggap mong-ryong tidak lebih daripada seorang adik dan dia juga telah mempunyai teman lelaki. kecewa, namun masih menaruh sedikit harapan. di sekolah, beberapa senior lelaki tidak senang dengan kehadiran mong-ryong. mereka cuba mencari gaduh, tetapi mong-ryong sedaya upaya menolak pergaduhan kerana ingin menjaga imej ayahnya yang sebelum ini sudah pun tercemar di seoul.

No comments: