Wednesday, May 21, 2008

outing?!

walaupun memenatkan, tetapi, kami [atau lebih tepat, aku sebenarnya], menikmati saat2 kami bersama dari pagi hingga petang tadi. berjumpa dengan cikgu2 di sekolah, sekurang-kurangnya melepaskan beban rindu yang tak dapat lagi aku tanggung, sejak hari graduasi yang diadakan tanpa aku [hehe..]. cikgu2 banyak memberi semangat kepada aku, memandangkan aku tidak mendapat biasiswa jpa ke luar negara. mungkin cikgu2 menyangka aku sedih dan kecewa. ya. memang benar. tipulah sekiranya aku menyatakan aku tidak sedih dan kecewa. tetapi, aku pendamkan sahaja kerana kegagalan itu tidak langsung mematahkan semangat aku. pendirianku, setiap keputusan yang diambil, jangan pernah disesali. kerana di sebalik semua yang berlaku, pasti ada terselit hikmahnya. terpulang kepada cara penerimaan kita. aku?? bukan aku bersikap angkuh dengan tidak mengemukakan rayuan kepada jpa, tetapi untuk apa dirayukan sesuatu yang sudah aku pasti akan menolaknya?? bidang perubatan tidak lagi sebati dengan jiwaku. orang boleh berkata apa-apa sahaja. tetapi, aku tetap aku, masih aku. Allah itu lebih mengetahui kemampuan aku. kebolehan aku. Dia telah pun menetapkan yang terbaik buatku. farmasi. aku akan teruskan perjuanganku, meskipun farmasi bukanlah berada di carta teratas bidang pengajian aku. AKU BOLEH!! Insya-Allah.....

2 comments:

Aizan Adifarhan said...

yeah, u go girl..~~!!
i adore ur spirit.. thanks a lot coz praying 4 me and also those who failed jpa.. guess u will do well in your studies, u're so smart meh..XD

wish u all the best. do kkep in touch after this ok?8D

afiqah said...

THANX LORH..
i'm worried i might be good in throwing words to people, but, i, myself won't apply them into my life..
but i guess i'll try..