Sunday, May 25, 2008

kenduri kahwin di musim cuti persekolahan

oleh sebab tema perkahwinan kak ngah raihan ialah hijau, maka blog aku pada kali ini juga akan berwarna hijau muda gitu. setiap ahli keluarga raihan juga berpakaian dengan warna yang agak hampir sedondon, hijau. macam2 jenis hijau jugalah. pelaminnya nampak ringkas tetapi cukup menarik. dengan tempat duduk pengantin yang berwarna krim, dihiasi kain latar yang berwarna hijau, putih krim dan perak. hiasan selebihnya pula berwarna keemasan yang berlampu di dalamnya. kata raihan, kak ngah aka kak zareena aka zerin aka zairin mempunyai 4 persalinan baju pengantin untuk diperagakan kepada tetamu. dalam seminggu ini, raihan bercerita lagi, dia asyik tidur lewat dan bangun awal dalam memastikan semua persiapan berjaya disudahkan pada masanya. tadi pun, dia kelihatan pening2 dan turut demam akibat kekurangan rehat. tapi tak mengapalah, inikan cuti sekolah. dia sudah tentu akan dapat menebus balik masa tidurnya itu. raihan sekarang belajar di tingkatan enam rendah di sic. tetapi nasib baik menyebelahinya kerana turut mendapat tawaran politeknik dalam bidang pengurusan hotel dan katering di merlimau, melaka. selain itu, semalam, dia menerima panggilan telefon [yang dijawab oleh abangnya] dari pihak matrikulasi, untuk ke kolej matrikulasi pulau pinang. and guess what, she has to register by tomorrow! poor her. but her dad told her to continue her study in polytechnics college. that's much better. well, as a best friend, all i can do, to support whatever her decision is.

No comments: