Sunday, March 16, 2008

sedih..kesal..malu..

Fuh! What a day!
Hari ini ada perjumpaan semula rakan2 sekelas aku tahun 2007-5 Alpha.
Tetapi, itu tak bermakna hanya budak2 5a sahaja yang ada. Elly dan mc ah pun ada. Bukan apa, keramaian itu kan lagi memeriahkan suasana. Pertemuan ini benar2 mengubat rasa rindu kami antara satu sama lain. Setiap pertemuan pasti diakhiri dengan perpisahan. Kesedihanku tidak mampu dibendung. Mujur sahaja tidak menitiskan air mata.

Alhamdulillah, keputusan spm aku agak baik. Jauh lebih baik daripada apa yang aku sangkakan. Tanpa kusangka, berita yang aku kategorikan sebagai 'buruk' menyusul petang kelmarin. Betapa hancur dan luluh hati aku apabila mengetahuinya. Kini, kutahu, penipuan itu sudah dibalasi serta-merta. Aku tidak mampu menggambarkan perasaan aku dengan lebih tepat. Namun, pada Aina jualah aku mengadu nasib, kerana aku tahu, tiada sesiapa lagi yang mampu aku taruhkan kepercayaanku melainkan teman baikku itu.

Sebelum ini, aku hanya mendengar dan menyaksikan insiden itu berlaku terhadap orang lain. Namun, dugaan daripada Yang Maha Esa itu tiada mampu kutolak. Usah difikirkan sangat perasaanku ini. Yang lebih terasa, sudah tentulah kedua-dua ibu bapa ku yang baru sahaja ingin meraikan kejayaan ku, tetapi keterbatasan yang dipuncakan oleh kejadian itu, merubah segala-galanya.
Cukup mengaibkan.

Dia ditatang bagai minyak yang penuh,lebih daripada aku. Tetapi,balasannya, dia telah menconteng arang ke muka kami yang sedia tercoret seribu satu permasalahan. Betapa tidak matang dan ceteknya pemikiran dia pada ketika itu. Di manakah letaknya harga diri dan batasan di hatinya pada saat itu? Ingin bergembira dan berseronok menikmati syurga dunia kononnya, akhirnya memakan diri sendiri.

Kecewa..
Ku harapkan kekecewaan ini bisa diubati apabila aku melangkah keluar dari sini..
Mengejar cita-cita dan impianku selama ini..

Ya Allah..
Pada-Mu aku berserah segalanya..
Apa yang aku miliki hanyalah pinjaman-Mu semata-mata..
Semoga diri ini tidak dikaburi dengan segala nikmat sementara di dunia yang fana ini..
Aamiin..

No comments: