Monday, March 31, 2008

konsert AF6 minggu 1

Konsert AF musim keenam disertai oleh 14 orang pelajar. Berikut merupakan tugasan nyanyian yang mereka sendiri pilih lagu yang dirasaakn mampu untuk dibawa:

Stanly - You Raise Me Up
Riz - Ketulusan Hati
Nubhan - Ruang Rindu
Aliff - Sayang sayang
Toi - Pagi yang Gelap
Naim - Memburu Rindu
Faisal - Satu Kiblat yang Sama

Saida - Terlalu Cinta
Stacy - No One
Nadia - Rindu
Rina - Simply The Best
Yana - Diriku Tapak Sulaiman
Ika - Umbrella (kemudian ditukar kepada Kesetiaan)
Lufya - Ingkar

Konsert AF pada kali ini membawa seorang pengacara yang menggalas tugas lama Aznil Hj. Nawawi, iaitu, AC Mizal. Kemampuannya agak diragui kerana setiap orang pasti akan memainkan persoalan sama ada beliau mampu menjadikan AF ini masih berbisa seperti mana yang dilakukan oleh Aznil terlebih dahulu yang mengacarakan rancangan kegemaran majoriti penonton selama 5 musim yang sebelumnya.

Pada awal pembukaan, konsert ini agak menraik apabila tiba saat memperkenalkan para pelajar bersama 'tagline' masing-masing yang kemudiannya disertai dengan sebuah tarian ringkas.

No comments: