Monday, March 31, 2008

konsert AF6 minggu 1

Konsert AF musim keenam disertai oleh 14 orang pelajar. Berikut merupakan tugasan nyanyian yang mereka sendiri pilih lagu yang dirasaakn mampu untuk dibawa:

Stanly - You Raise Me Up
Riz - Ketulusan Hati
Nubhan - Ruang Rindu
Aliff - Sayang sayang
Toi - Pagi yang Gelap
Naim - Memburu Rindu
Faisal - Satu Kiblat yang Sama

Saida - Terlalu Cinta
Stacy - No One
Nadia - Rindu
Rina - Simply The Best
Yana - Diriku Tapak Sulaiman
Ika - Umbrella (kemudian ditukar kepada Kesetiaan)
Lufya - Ingkar

Konsert AF pada kali ini membawa seorang pengacara yang menggalas tugas lama Aznil Hj. Nawawi, iaitu, AC Mizal. Kemampuannya agak diragui kerana setiap orang pasti akan memainkan persoalan sama ada beliau mampu menjadikan AF ini masih berbisa seperti mana yang dilakukan oleh Aznil terlebih dahulu yang mengacarakan rancangan kegemaran majoriti penonton selama 5 musim yang sebelumnya.

Pada awal pembukaan, konsert ini agak menraik apabila tiba saat memperkenalkan para pelajar bersama 'tagline' masing-masing yang kemudiannya disertai dengan sebuah tarian ringkas.

Sunday, March 16, 2008

sedih..kesal..malu..

Fuh! What a day!
Hari ini ada perjumpaan semula rakan2 sekelas aku tahun 2007-5 Alpha.
Tetapi, itu tak bermakna hanya budak2 5a sahaja yang ada. Elly dan mc ah pun ada. Bukan apa, keramaian itu kan lagi memeriahkan suasana. Pertemuan ini benar2 mengubat rasa rindu kami antara satu sama lain. Setiap pertemuan pasti diakhiri dengan perpisahan. Kesedihanku tidak mampu dibendung. Mujur sahaja tidak menitiskan air mata.

Alhamdulillah, keputusan spm aku agak baik. Jauh lebih baik daripada apa yang aku sangkakan. Tanpa kusangka, berita yang aku kategorikan sebagai 'buruk' menyusul petang kelmarin. Betapa hancur dan luluh hati aku apabila mengetahuinya. Kini, kutahu, penipuan itu sudah dibalasi serta-merta. Aku tidak mampu menggambarkan perasaan aku dengan lebih tepat. Namun, pada Aina jualah aku mengadu nasib, kerana aku tahu, tiada sesiapa lagi yang mampu aku taruhkan kepercayaanku melainkan teman baikku itu.

Sebelum ini, aku hanya mendengar dan menyaksikan insiden itu berlaku terhadap orang lain. Namun, dugaan daripada Yang Maha Esa itu tiada mampu kutolak. Usah difikirkan sangat perasaanku ini. Yang lebih terasa, sudah tentulah kedua-dua ibu bapa ku yang baru sahaja ingin meraikan kejayaan ku, tetapi keterbatasan yang dipuncakan oleh kejadian itu, merubah segala-galanya.
Cukup mengaibkan.

Dia ditatang bagai minyak yang penuh,lebih daripada aku. Tetapi,balasannya, dia telah menconteng arang ke muka kami yang sedia tercoret seribu satu permasalahan. Betapa tidak matang dan ceteknya pemikiran dia pada ketika itu. Di manakah letaknya harga diri dan batasan di hatinya pada saat itu? Ingin bergembira dan berseronok menikmati syurga dunia kononnya, akhirnya memakan diri sendiri.

Kecewa..
Ku harapkan kekecewaan ini bisa diubati apabila aku melangkah keluar dari sini..
Mengejar cita-cita dan impianku selama ini..

Ya Allah..
Pada-Mu aku berserah segalanya..
Apa yang aku miliki hanyalah pinjaman-Mu semata-mata..
Semoga diri ini tidak dikaburi dengan segala nikmat sementara di dunia yang fana ini..
Aamiin..

Monday, March 3, 2008

KK..

1/3 ari tuh dpt emel drpd yysn tun abd rzk. alhamidulillah,aku lulus interview dan layak menyertai ksus kepimpinn tuh. seronok tuh ade la.tp x de la smpai over excited sbb nye aku x spot pom nk dapt. mmg aku rase hopeless terus after the interview dat day. tp syukur sgt. rezeki katekan.kitorg akan pgi ke kl n mlaka. kl for 1 week, pastuh the other week kt melaka-homestay,xtvt lsk n dok kt hotel da last 1nyte.dak kelate 5 org jek. amal,sylvia,trah,aku n fuad tuh aku x familiar.
nntla aku knal2 ngan die pasni.tu jek..